Berita Syarikat
Keputusan peraduan pusingan baharu InstaForex telah ditentukan
2019-03-12 09:35:00

Keputusan pemenang bagi peraduan InstaForex telah ditentukan. Hari ini, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan pemenang bagi peraduan Lucky trader, FX-1 Rally, dan One Million Option. Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang dan mendoakan agar peserta lain akan dinobatkan sebagai pemenang dalam pusing peraduan yang seterusnya. Percayalah kepada nasib anda! Kejayaan akan datang kepada mereka yang sabar dan berusaha!

Lucky Trader

Keazaman yang kuat, orientasi kejayaan, ketabahan, dan kesabaran adalah kunci kemenangan dalam peraduan Lucky Trader. Mungkin, anda boleh melakukan lebih baik daripada Oleg Aleksandrovich Yashchishen (pemenang untuk peraduan lain juga). Walau bagaimanapun, beliau telah menunjukkan hasil yang cemerlang dalam peraduan Lucky Trader hari ini. Tahniah kepada pemenang dan semoga beliau dapat mengekalkan kemenangan beliau dalam pusingan yang seterusnya! Kami mengalu-alukan pedagang lain untuk mengambil bahagian! Pusingan peraduan yang seterusnya dijadualkan akan bermula pada 18 Mac, 2019 dan akan berakhir pada 29 Mac, 2019.

FX-1 Rally

Prestasi terbaik dalam peraduan FX-1 Rally tetap ditunjukkan oleh Dmitrii Nikolaevich Nazimov. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap beliau akan membuktikan reputasi pedagang terbaik pada pusingan seterusnya dalam peraduan FX-1 Rally. Sekiranya anda mahu mencuba nasib dalam perlumbaan sengit ini, maka kami ingin mengajak anda untuk menyertai pusingan FX-1 Rally baru! Anda boleh mendaftar dan menyertai perlumbaan seterusnya yang akan diadakan pada 00:00 15 Mac, 2019 hingga 23:59 15 Mac 2019.

One Million Option

One Million Option dari InstaForex adalah merupakan peraduan paling popular di kalangan pedagang. Setiap peserta yang berani bersaing untuk mendapatkan gelaran 'Option Trader Terbaik' dalam pertarungan hebat ini. Berikutan adalah keputusan pusingan terkini, skor terbaik dicatatkan oleh Muhammad Arfah dari Indonesia. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang! Kami juga berharap bahawa beliau akan terus mengambil bahagian dalam peraduan InstaForex! Daftar dan sertai kami dalam peraduan One Million Option pusingan yang seterusnya! Peraduan ini dijadualkan akan bermula tidak lama lagi - pada 18 Mac, 2019 dan akan berakhir pada 22 Mac, 2019.


Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Foto dan komen finalis