Berita Syarikat
Keputusan untuk pusingan semasa peraduan InstaForex telah diketahui
2019-08-14 13:54:00

Hasil keputusan untuk peraduan InstaForex telah disimpulkan dan nama untuk lima pemenang akan ditentukan. Hari ini, kami telah bersedia mengumumkan nama pemenang bagi peraduan InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, dan Lucky Trader. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang, dan mendoakan kejayaan untuk peserta yang lain!

InstaForex Sniper

Ketekunan, kepantasan, dan kesabaran yang tinggi adalah merupakan elemen-elemen penting untuk membolehkan peserta merangkul gelaran juara. SlobodanNovakovic dari Serbia telah berjaya menunjukkan hasil yang terbaik dan memperoleh kemenangan. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk menguji ketepatan anda - segera mendaftar dan menyertai peraduan! Pusingan untuk peraduan InstaForex Sniper yang seterusnya bermula dari 19 Ogos, 2019, hingga 23 Ogos 2019.

One Million Option

One Million Option adalah salah satu peraduan yang paling popular dikalangan pelanggan InstaForex. Ramai peserta rindu untuk menguji semangat persaingan yang mantap, merasakan keseronokan dan adrenalin! Optimis sebenar bersaing untuk mendapatkan gelaran pedagang pilihan terbaik dalam perjuangan sengit. Menurut keputusan peraduan, Vyacheslav Petrovich Starovoitov dari Belarus telah muncul sebagai juara. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan dengan sukacitanya ingin mengingatkan anda bahawa peraduan One Million Option dari InstaForex akan diadakan setiap minggu dari Isnin hingga Jumaat.

FX-1 Rally

Kali ini, Alexander Leontyevich Markevich dari Belarus telah memenangi peraduan FX-1 Rally. Kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan beliau dalam peraduan FX-1 Rally yang berikutnya. Sekiranya anda ingin bersaing dan bersedia untuk pertembungan sengit - anda dialu-alukan untuk menyertai pusingan peraduan FX-1 Rally yang berikutnya! Anda boleh mendaftar dan menyertai perlumbaan seterusnya yang akan diadakan dari 00:00 pada 16 Ogos 2019, hingga 23:59 pada 16 Ogos 2019.

Lucky Trader

Fokus dan semangat jitu untuk menang adalah kunci kepada kejuaran dalam Peraduan Lucky Trader. Jika anda boleh menunjukkan prestasi dagangan terbaik dalam peraduan Lucky Trader, seperti yang ditunjukkan oleh Yevgeny Illarionovich Pelipenko dari Ukraine, anda juga akan berpeluang untuk menang dalam pusingan peraduan yang berikutnya. Kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada Yevgeny dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan berlangsung dari 19 Ogos, 2019, hingga 30 Ogos 2019.

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Gambar dan ulasan finalis