Berita Syarikat
Keputusan untuk peraduan InstaForex telah diketahui
2020-02-04 15:58:00

Keputusan bagi peraduan InstaForex telah diketahui. Kami kini bersedia untuk mengumumkan nama-nama pemenang yang telah berjaya menewaskan peserta lain dalam peraduan FX-1 Rally, Trader Lucky, Real Scalping, Great Way, dan Trade Wise, Win Device. Kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang, dan mengalu-alukan penyertaan anda merebut kemenangan dalam peraduan berikutnya, dan semoga berjaya!

FX-1 Rally

Kali ini, Zhenis Alikovich Zalimbaev, pedagang dari Kazakhstan telah memenangi peraduan terkini FX-1 Rally. Kami memuji prestasi yang dipamerkan dan berharap beliau akan dapat mengekalkan gelaran pemandu terbaik dalam pusingan peraduan FX-1 Rally yang selanjutnya. Sekiranya anda tidak takut dengan pertembungan sengit dan persaingan yang hebat, uji diri anda dalam perlumbaan mengagumkan ini! Anda boleh mendaftar dan mengambil bahagian pada mana-mana peringkat, perlumbaan akan diadakan dari 00:00 hingga 23:59, setiap Jumaat.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci kepada kemenangan dan hasil yang terbaik dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda mampu melakukan perdagangan yang sempurna dalam peraduan Lucky Trader, seperti Evgenii Vladimirovich Voloshin dari Ukraine, anda juga akan berpeluang untuk menang pada salah satu pusingan. Kami amat gembira dan merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan seterusnya kan bermula pada 3 Februari 2020 dan akan berakhir pada 14 Februari 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam peraduan Real Scalping, pedagang perlu mempunyai peka, fokus, rasa ingin tahu, dan keinginan untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesilapan. Oleh itu, ketekunan, kesabaran dan latihan kemahiran adalah kunci kepada kejayaan. Kali ini, Vyacheslav Sergeevich Purgin, pedagang dari Rusia telah menunjukkan prestasi yang terbaik. Tahniah! Teruskan! Untuk yang lain, sila ambil peluang untuk bersaing dan muncul juara dalam pusingan seterusnya yang akan berakhir pada 31 Januari. Pusingan baru untuk peraduan Real Scalping akan bermula dari 3 hingga 28 Februari, 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, Aleksei Ivanovich Seledtsov dari Rusia telah berjaya merangkul kedudukan teratas. Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pemenang atas hasil prestasi yang mengagumkan dan berharap beliau akan mengekalkan kemenang dalam pusingan peraduan yang lain. Anda boleh mendaftar untuk peringkat pertama dari 27 Januari, 2020 hingga 15 Mac, 2020. Peringkat pertama akan diadakan dari 16 Mac, 2020 hingga 17 April, 2020.

Trade Wise, Win Device

InstaForex menawarkan ganjaran berupa Peranti mudah alih sebagai sebahagian daripada siri peraduan dan pertandingan dengan dana hadiah tahunan lebih dari AS$500,000. Anda mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntugan wang, memenangi kereta sukan seperti Ferrari F8 Tributo, atau menjadi pemilik kepada salah satu peranti mudah alih canggih. Berikut adalah keputusan peraduan terakhir, Igor Valentinovich Dubodelov dari Belarus telah diumumkan sebagai pemenang yang bertuah. Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa undian berikutnya akan bermula pada 10 Februari 2020 dan akan berakhir pada 21 Februari 2020.

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan