Berita Syarikat
Keputusan bagi peraduan InstaForex telah dirumuskan
2020-01-13 14:24:00

Selamat Tahun Baru! 2019 adalah merupakan tahun yang baik dan menguntungkan. Kami berharap tahun 2020 akan menjadi lebih menarik dan akan memberikan anda lebih banyak keuntungan dan tuah! Kami menghargai kesetiaan anda bersama kami dan amat berbesar hati untuk mengumumkan peraduan yang lebih menarik! Hari ini, kami akan mengumumkan nama pemenang bagi peraduan InstaForex: InstaForex Sniper - untuk pedagang yang paling tepat, FX-1 Rally - pedagang terpantas, One Milion Option - pedagang paling sabar, Real Scalping - pedagang dengan fokus yang tinggi. Selain itu, kami bersedia untuk menamakan pemenang bagi peraduan Lucky Trader, Race Great, Chancy Deposit, serta Trade Wise, Win Device. Kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang, mengalu-alukan penyertaan pedagang lain, dan mendoakan kejayaan anda dalam pusingan peraduan yang berikutnya!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, satu akaun perdagangan yang dipilih secara rawak akan diumumkan sebagai pemenang dan dikreditkan dengan dana hadiah. Pada Disember, touadbenlahcene dari Algeria telah dinobatkan sebagai pemenang. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mendoakan kejayaan baru! Syarat-syarat peraduan amat mudah. Anda hanya perlu membuat pendepositan dengan jumlah wang tertentu dan meneruskan rutin perdagangan anda. Siapa sangka, tuah akan memihak kepada anda dan seterusnya menjadi pemenang bertuah! Jumlah keseluruhan hadiah berubah-ubah pada setiap bulan, oleh itu, jangan lepaskan peluang anda.

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper memerlukan ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Nhtqlth Naglaa Eldesouky Mnsour Rezk dari Mesir menunjukkan hasil perdagangan terbaik dan diumumkan sebagai pemenang. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk menguji tahap ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai! Peraduan InstaForex Sniper yang seterusnya bermula dari 20 Januari 2019, hingga 24 Januari 2020.

One Million Option

One Milion Option adalah merupakan salah satu peraduan yang paling popular dari InstaForex. Ramai peserta rindu untuk menguji semangat persaingan yang sengit, merasakan keseronokan dan adrenalin yang tinggi! Peserta akan bersaing untuk mendapatkan gelaran peniaga pilihan terbaik dalam perjuangan sengit. Menurut keputusan peringkat regu peraduan, Sergey Olegovich Levitsky dari Ukraine menjadi pemilik hadiah. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa peraduan One Million Option dari InstaForex akan diadakan dari 13 Januari 2020 hingga 17 Januari 2020.

FX-1 Rally

Kali ini, Viktar Vatslavovih Eismant dari Belarus dan Andrei Vladimirovich Starostin dari Kazakhstan memenangi peringkat terbaru peraduan FX-1 Rally. Kami mengucapkan tahniah dan berharap mereka akan mengekalkan gelaran pemandu terbaik dalam peraduan FX-1 Rally selanjutnya. Jika anda tidak takut dengan pertembungan sengit dan persaingan hebat, uji diri anda dalam perlumbaan ini - anda dialu-alukan untuk menyertai peringkat Rali FX-1 yang lain! Anda boleh mendaftar dan mengambil bahagian dalam perlumbaan seterusnya yang akan diadakan dari 00:00 pada 17 Januari 2020, hingga 23:59 pada 17 Januari 2020.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci kepada kemenangan dan hasil yang terbaik dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda mampu melakukan perdagangan yang sempurna dalam peraduan Lucky Trader, seperti yang dilakukan oleh Ihab Omar Alshawwa, anda juga akan berpeluang untuk menang pada salah satu pusingan. Kami amat gembira dan merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan seterusnya akan bermula pada 20 - 31 Januari 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam peraduan Real Scalping, pedagang perlu mempunyai peka, fokus, rasa ingin tahu, dan keinginan untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesilapan. Oleh itu, ketekunan, kesabaran dan latihan kemahiran adalah kunci kepada kejayaan. Kali ini, аnatolii ivanovich Trubitsin, pedagang dari Rusia telah menunjukkan prestasi yang terbaik. Tahniah! Teruskan! Pedagang yang lain berpeluang untuk bersaing dan muncul juara dalam pusingan seterusnya yang akan bermula dari 3 hingga 28 Februari, 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, Alexander Vasilevich Moiseev dari Rusia telah berjaya merangkul kedudukan teratas. Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pemenang atas hasil prestasi yang mengagumkan dan berharap beliau akan mengekalkan kemenang dalam pusingan peraduan Great Race yang berikutnya.

Semoga berjaya!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan