Berita Syarikat
Keputusan bagi peraduan InstaForex telah diketahui
2020-02-03 14:21:00

Hari ini, kami akan mengumumkan lapan nama pemenang peraduan dari InstaForex: InstaForex Sniper - untuk pedagang yang paling tepat, FX-1 Rally - pedagang terpantas, One Milion Option - pedagang paling sabar, Real Scalping - pedagang dengan fokus yang tinggi. Selain itu, kami bersedia untuk menamakan pemenang bagi peraduan Lucky Trader, Race Great, Chancy Deposit, serta Trade Wise, Win Device. Kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang, mengalu-alukan penyertaan pedagang lain, dan mendoakan kejayaan anda dalam pusingan peraduan yang berikutnya!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, satu akaun perdagangan yang dipilih secara rawak akan diumumkan sebagai pemenang dan dikreditkan dengan dana hadiah. Pada Disember, Oleg Volodimirovich Visochanskii dari Ukraine telah dinobatkan sebagai pemenang. Oleh itu, anda juga mempunyai peluang untuk menang, sambil menjalankan rutin perdagangan anda di pasaran Forex. Jumlah keseluruhan hadiah berubah-ubah pada setiap bulan, oleh itu, jangan lepaskan peluang anda.

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan ciri ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Menurut keputusan pusingan terakhir InstaForex Sniper, Pavel Yurevich Larionov dari Rusia muncul sebagai juara. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap beliau akan mengekalkan momentun ini! Semua pedagang dialu-alukan untuk memeriksa tahap ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai peraduan ini! Pusingan seterusnya untuk peraduan InstaForex Sniper akan diadakan dari 10 hingga 14 Februari 2020.

One Million Option

One Milion Option adalah merupakan salah satu peraduan yang paling popular dari InstaForex. Kebanyakan peserta sangat bersemangat dan mempunyai hormon adrenalin yang tinggi! Setiap peserta bersaing untuk merebut gelaran pedagang pilihan terbaik dalam perjuangan yang sengit. Berikut adalah keputusan pusingan peraduan kali ini, Parvez Ahmed, pedagang dari Bangladesh, telah diumumkan sebagai pemenang. Kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan One Million Option yang seterusnya dari InstaForex akan diadakan dari 10 hingga 14 Februari 2020.

FX-1 Rally

Prestasi terbaik dalam peraduan Rally FX-1 telah ditunjukkan oleh Artur Viktorovich Mihailus, pedagang dari Rusia. Kami mengucapkan tahniah kepada pemegang rekod dan berharap beliau akan mengekalkan status juruterbang terbaik dalam pusingan yang seterusnya. Jika anda tidak takut untuk berdepan dengan kesukaran dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menakjubkan, anda dialu-alukan untuk menyertai pusingan peraduan FX-1 Rally yang berikutnya! Anda boleh mendaftar dan bersaing dari jam 00:00 hingga 23:59, setiap Jumaat.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci kepada kemenangan dan hasil yang terbaik dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda mampu melakukan perdagangan yang sempurna dalam peraduan Lucky Trader, seperti Arpiar Aikazovich Shahbazyan dari Armenia, anda juga akan berpeluang untuk menang pada salah satu pusingan. Kami amat gembira dan merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan seterusnya kan bermula pada 3 Februari 2020 dan akan berakhir pada 14 Februari 2020.


Real Scalping

Untuk berjaya dalam peraduan Real Scalping, pedagang perlu mempunyai peka, fokus, rasa ingin tahu, dan keinginan untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesilapan. Oleh itu, ketekunan, kesabaran dan latihan kemahiran adalah kunci kepada kejayaan. Kali ini, Anton Gorin, pedagang dari Rusia, telah menunjukkan prestasi yang terbaik. Tahniah! Teruskan! Untuk yang lain, sila ambil peluang untuk bersaing dan muncul juara dalam pusingan seterusnya yang akan berakhir pada 31 Januari. Pusingan baru untuk peraduan Real Scalping akan bermula dari 3 hingga 28 Februari, 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, Vladimir Anatolevich Ikonnikov dari Rusia telah merangkul kedudukan teratas. Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pemenang atas hasil prestasi yang mengagumkan dan berharap beliau akan mengekalkan kemenang dalam pusingan peraduan yang lain. Anda boleh mendaftar untuk peringkat pertama dari 27 Januari, 2020 hingga 15 Mac, 2020. Peraduan ini akan bermula dari 16 Mac, 2020 hingga 17 April, 2020.

Trade Wise, Win Device

InstaForex menawarkan ganjaran berupa Peranti mudah alih sebagai sebahagian daripada siri peraduan dan pertandingan dengan dana hadiah tahunan lebih dari AS$500,000. Anda mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntugan wang, memenangi kereta sukan seperti Jaguar F-Type dan Porsche Cayman, atau menjadi pemilik kepada salah satu peranti mudah alih canggih. Berikut adalah keputusan peraduan terakhir, Larisa Alekseevna Komeristaya, pedagang dari Rusia, telah diumumkan sebagai pemenang yang bertuah. Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa undian berikutnya akan bermula pada 10 Februari 2020 dan akan berakhir pada 21 Februari 2020.


Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan