Berita Syarikat
Selamat Hari kekasih!
2020-02-14 09:33:00

Sambutan Cuti Krismas telah berlalu dan sinar musim bunga pertama masih belum cukup untuk menceriakan kehidupan anda. Februari mungkin akan menjadi salah satu bulan yang paling suram jika bukan kerana acara penting - iaitu Sambutan Hari Kekasih. Tarikh 14.2 menjadikan Februari sebagai bulan unik yang membawa keajaiban cinta kepada kehidupan. Oleh itu, jatuh cinta dan nikmati hari yang paling indah pada 14 Februari.

Cinta tidak mengenal umur atau tanpa batas! Selain itu, pada musim bunga, anak panah Cupid memanah hati ramai orang. Inilah sebabnya mengapa pasukan InstaForex ingin anda meraikan Hari Kekasih dan berharap tahun ini anda akan menemui cinta sejati anda!

Pasukan, pelanggan dan rakan niaga kami adalah satu keluarga besar. Walau bagaimanapun, setiap ahli keluarga ini berbeza kerana kita semua mempunyai tahap pengalaman yang tersendiri, berbeza citarasa, dan hobi yang menarik. Ada di antara kita yang telah menemui cinta, dan ada juga yang masih belum. Namun, kita semua percaya kepada kuasa cinta! Atas sebab ini, kami berharap anda dapat menemui cinta hidup anda! Sekiranya anda tidak mempunyai sesiapa yang layak untuk mendapat perhatian anda, alihkan semangat anda pada usaha yang menarik. Kenapa anda tidak mencuba untuk mengarang puisi, melakar potret, mengumpul poskad, menanam violet atau kaktus? Atau anda juga boleh berdagang Forex kerana ini adalah salah satu aktiviti paling menjadi pilihan dan membawa kepada kebahagiaan.

Ingat, anda tidak akan tahu bila cinta sejati akan menemui anda. Kami percaya bahawa tahun ini anda akan dilimpahi rasa cinta, kasih dan sayang serta bertemu dengan seseorang yang paling istimewa dihati anda!