Berita Syarikat
Keputusan bagi peraduan InstaForex telah diketahui
2020-04-03 16:12:00

Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan senarai nama pemenang bagi lapan peraduan InstaForex: Chancy Deposit, InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, Lucky Trader, Real Scalping, Great Race, dan Trade Wise, Win Device. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang. Sementara untuk pedagang yang lain, penyertaan anda di dalam pusingan peraduan yang seterusnya adalah sangat dialu-alukan. Kami mendoakan kejayaaan untuk semua peserta!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, pemenang bertuah akan ditentukan secara rawak melalui sistem. Oleh itu, sewaktu anda meneruskan rutin perdagangan anda, anda juga berpeluang untuk dinobatkan sebagai pemenang! Kali ini, Mikhail Mikhailovich Golenkov dan Yuri Afanasievich Kuchenekov dari Rusia telah diumumkan sebagai pemenang. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap mereka dapat mengekalkan kejuaraan ini dalam pusingan baru! Jumlah keseluruhan hadiah berubah-ubah pada setiap bulan, oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menang.

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan elemen ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Menurut keputusan pusingan terakhir InstaForex Sniper, Elena Petrovna Kosteletskaya dari Rusia telah menunjukkan hasil prestasi terbaik dan muncul sebagai juara. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk menguji ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai! Peraduan InstaForex Sniper seterusnya dijadualkan akan berlangsung mulai 6 April, 2020, hingga 10 April, 2020.

One Million Option

One Milion Option adalah merupakan salah satu peraduan yang paling popular dari InstaForex. Kebanyakan peserta sangat bersemangat dan mempunyai hormon adrenalin yang tinggi! Setiap peserta bersaing untuk merebut gelaran pedagang pilihan terbaik dalam perjuangan yang sengit. Berikut adalah keputusan pusingan peraduan kali ini, Vahan Armeni Grigoryan dari Armenia berjaya menduduki tempat teratas. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa peraduan One Million Option dari InstaForex diadakan setiap minggu dari 00:10 pada Isnin hingga 23:50 pada Jumaat.

FX-1 Rally

Prestasi terbaik dalam peraduan Rally FX-1 telah ditunjukkan oleh Charles Buletwenda dari Uganda dan Mohammad Effendi Bin Mohd Mohd Saidin dari Malaysia. Kami mengucapkan tahniah kepada pemegang rekod dan berharap beliau akan mengekalkan status juruterbang terbaik dalam pusingan yang seterusnya. Jika anda tidak takut untuk berdepan dengan kesukaran dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menakjubkan, anda dialu-alukan untuk menyertai pusingan peraduan FX-1 Rally yang berikutnya! Anda boleh mendaftar dan bersaing dari jam 00:00 hingga 23:59, setiap hari Jumaat.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci untuk kemenangan dan hasil yang terbaik dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda mampu melakukan perdagangan yang sempurna dalam peraduan Lucky Trader, seperti yang dilakukan oleh Igor Anatolyevich Poshatayev dari Rusia, anda juga berpeluang untuk menang dalam pusingan berikutnya. Kami amat gembira untuk mengucapkan tahniah kepada Igor Anatolyevich Poshatayev dan mengingatkan anda bahawa pusingan seterusnya bagi peraduan Lucky Trader akan bermula pada 13 April 2020 dan berakhir pada 24 April, 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam peraduan Real Scalping, pedagang perlu peka, fokus, dan mempunyai rasa ingin tahu serta keinginan yang tinggi untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesilapan. Oleh itu, ketekunan, kesabaran dan latihan kemahiran adalah kunci kepada kejayaan. Kali ini, Safar Juraqulovich Mirzaev dari Uzbekistan berjaya menewaskan peserta yang lain. Tahniah! Teruskan! Kami menjemput pedagang yang lain untuk menyertai kami dan berjuang untuk merebut hadiah utama! Pusingan untuk peraduan yang seterusnya akan bermula dari 6 April, 2020 hingga 24 April, 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, gelaran juara telah disandang oleh Ekaphong Siripurikarn dari Thailand. InstaForex mengucapkan tahniah kepada finalis atas hasil prestasi yang mengagumkan dan berharap beliau akan mengekalkan kemenangan dalam pusingan peraduan yang lain. Peringkat pertama akan berlangsung dari 16 Mac, 2020 dan akan berakhir pada 18 April, 2020.

Trade Wise, Win Device

InstaForex menawarkan ganjaran berupa Peranti mudah alih sebagai sebahagian daripada siri peraduan dan pertandingan dengan dana hadiah tahunan lebih dari AS$500,000. Anda mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntungan wang, memenangi kereta sukan seperti Jaguar F-Type dan Porsche Cayman, serta menjadi salah satu pemilik peranti mudah alih moden. Berikut adalah keputusan peraduan terakhir, Dmitry Petrovich Shishkin, pedagang dari Rusia, telah muncul sebagai pemenang bertuah. Kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan diadakan dari 6 April, 2020 hingga 17 April, 2020.

Semoga berjaya!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan