Berita dan Aktiviti
Kelab bola sepak legenda Borussia kini bersama kami!

Broker antarabangsa InstaForex dengan bangganya ingin mengumumkan kerjasama baru dengan Borussia Dortmund. Borussia adalah naib juara Bundesliga 2018-2019 dan salah sebuah kelab bola sepak terkenal Dunia. Borussia Dortmund telah mengungguli 8 Kejohanan Jerman, Liga Juara-Juara, Pemenang Piala dan Intercontinental Cup, 4 Piala Jerman dan enam Supercup Jerman.

Mengulas mengenai kerjasama baru itu, Ildar Sharipov, Presiden dan pengasas InstaForex berkata: "Pada masa ini, InstaForex bukan hanya sebuah broker tetapi sebaliknya sebuah syarikat IT, melabur untuk teknologi terkini dan berusaha untuk menawarkan pelanggan produk inovatif baru secara teratur. Ia juga diketahui bahawa IT memainkan peranan penting dalam bola sepak, oleh yang demikian, kita tidak hanya mencari pasukan yang terkemuka tetapi juga untuk peminat teknologi dalam bola sepak yang sesuai dengan falsafah perniagaan kita. Atas faktor-faktor ini, ia adalah pilihan terbaik untuk bekerjasama dengan pasukan seperti Borussia Dortmund. Kami tidak sabar untuk bekerjasama bersama kelab bola sepak legenda untuk terus mengembangkan jenama masing-masing di pasaran Asia dan CIS.

Mengalu-alukan kerjasama baru itu ialah Pengarah Urusan BVB Asia, Suresh Letchmanan yang memberikan komen "Kami berasa amat gembira kerana Instaforex telah memilih Borussia Dortmund sebagai rakan niaga. Kerjasama dengan syarikat dagangan Forex atas talian utama adalah kemenangan untuk semua pihak - terutamanya buat peminat di pasaran Asia dan CIS yang boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik dengan BVB. "

Butiran lanjut tentang kerjasama ini boleh didapati di laman web: https://www.instaforex.com/borussia