Berita dan Aktiviti
Keputusan Peraduan InstaForex Dirumuskan

Pada pusingan kali ini, kami amat berbesar hati ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah yang telah memenangi peraduan dari InstaForex: Chancy Deposit, InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, Lucky Trader, Real Scalping dan Great Race. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang, mengalu-alukan penyertaan peserta lain, dan mendoakan kejayaan untuk semua peserta!

Chancy Deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Pada akhir bulan, pemenang bertuah yang dipilih secara rawak akan diumumkan sebagai pemenang dan menerima hadiah. Kami amat berbesar hati ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada finalis dari dua peringkat terakhir: Zhenis Alikovich Zalimbaev dari Kazakhstan dan Yuri Stepanovich Vyalitsyn dari Rusia. Anda juga berpeluang untuk dinobatkan sebagai pemenang, sambil meneruskan rutin perdagangan anda di Forex! Paling penting, jumlah dana hadiah yang berbeza dikumpulkan pada setiap bulan. Oleh itu, sila periksa berita syarikat dan rebut peluang!

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan elemen ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Kali ini, Vadim Anatolyevich Kapshuk dari Ukraine dengan cemerlang memperlihatkan ciri-ciri ini. Beliau berjaya mengalahkan semua peserta lain dan meraih kemenangan. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk memeriksa ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai! Peraduan InstaForex Sniper dijadualkan pada setiap minggu dari jam 00:00 pada Isnin hingga 23:59 pada Jumaat.

One Million Option

One Million Option adalah salah satu peraduan paling popular dari InstaForex. Ia mengumpulkan sebilangan besar peserta yang rindu untuk menguji semangat kompetitif mereka yang kuat, untuk merasai kegembiraan dan persaing sengit! Peserta yang bersemangat kuat untuk bersaing merebut gelaran pedagang pilihan terbaik. Mengikuti keputusan peringkat tetap peraduan, Dmitry Vladimirovich Lukyanets dari Ukraine menduduki tempat teratas. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa Peraduan One Million Option dari InstaForex diadakan setiap minggu dari jam 00:10 pada Isnin hingga 23:50 pada Jumaat.

FX-1 Rally

Alexei Victor Miron dari Moldova dan Alexander Alekseevich Usov dari Rusia telah menunjukkan skor terbaik dalam pusingan sementara peraduan FX-1 Rally baru-baru ini. Selain daripada ucapan tahniah, kami berharap para pemenang akan dapat mengekalkan gelaran pelumba terbaik pada pusingan peraduan yang seterusnya. Sekiranya anda tidak gentar untuk berdepan dengan kesukaran dan bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang menakjubkan, anda dialu-alukan untuk menyertai peraduan - selamat datang ke permulaan Rali FX-1 yang seterusnya! Anda boleh mendaftar dan menyertai mana-mana peringkat yang diadakan dari Jumaat dari 00:00 hingga 23:59. Pendaftaran berakhir satu jam sebelum perlumbaan.

Lucky Trader

Stamina dan fokus yang tinggi adalah merupakan kunci kejayaan - ini adalah asas untuk hasil dan kemenangan terbaik dalam maraton Lucky Trader. Sekiranya anda mampu berdagang dengan baik dan memenuhi kesemua syarat peraduan Lucky Trader, anda berpeluang untuk memenangi salah satu peringkat seperti yang ditunjukkan oleh Joao Antonio R D Marinho Mesquita dari Portugal. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa peraduan seterusnya akan bermula pada 28 September, 2020 dan berakhir pada 9 Oktober, 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam Real Scalping, pedagang perlu mempunyai reaksi, perhatian, rasa ingin tahu yang tinggi, dan keinginan untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan dengan kos kesalahan. Sesuatu yang lebih banyak akan membantu anda untuk berjaya: ketekunan, kesabaran, dan usaha. Kali ini, Vugar Vahid oglu Ibisov dari Azerbaijan oberjaya menawaskan pesaing yang lain. Tahniah! Teruskan! Kami mengajak semua orang untuk menyertai kami dan memperjuangkan hadiah utama! Kami amat berbesar hati ingin mengajak semua pedagang lain untuk menyertai peraduan! Pusingan untuk peraduan yang seterusnya akan bermula dari 5 Oktober 2020 hingga 30 Oktober, 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan ini, pedagang diminta untuk mendaftarkan akaun demo baru untuk setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang tunai, pemenang di peringkat interim akan diberikan skor bonus yang dapat digunakan di peringkat akhir. Kali ini, Alexey Alekseevich Pautov dari Rusia telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang! Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan peraduan yang seterusnya akan diadakan dari 21 September 2020 hingga 23 Oktober 2020. Pendaftaran untuk peringkat akhir akan berlangsung pada 21 September, 2020 pada jam 00:00 sehingga 15 November 2020 sejam sebelum peraduan bermula.

Semoga berjaya!


Ketahui lebih lanjut mengikut peraduan